Monday, July 30, 2012

sekolah dan kehidupan

assalamualaikum

melayari kehidupan sebagai seorang pelajar di sms sains, sejujurny aku baru tersedar apakah makna kehidupan kini.kalau dulu,mengikuti setiap peraturan sekolah..aku sudah merasa menjadi seorang pelajar yg baik walaupun kadang2 datang juga idea2 pelik ketika duduk bersama kawan2.
di sekolah aku
  • setiap hari kami wajib ke surau untuk solat jemaah magrib
  • hari jumaat kami di wajibkan menyertai usrah untuk muslimah.
  • apabila melakukan kesilapn d asrama..maka akan d adakan perjumpaan dengan senior utk proses brain wash(which i thought helps a lot to dicipline us)
  • wajib juga untuk pelajar perempuan memakai siglet n kain dalam (maka setiap kali perhimpunan..spot check akn d lakukn)
  • etc
aku pernah merasakan pendidikan di sekolah aku telah byk mengajar aku tentang kehidupan.tp aku silap sedikit.setelah aku berfikir panjang..aku merasakan sekolah aku seperti gagal mendidik kami utk berjaya hidup selepas keluar dari sekolah. tapi untuk berjaya dalam pelajaran..mgkin ya tp bukan untuk survive di dunia sebenar.

baru kini aku sedar Allah itu wujud(maka apakah erti aku ke masjd setiap hari selama 5thn aku d skolah?)
baru kini aku sedar aku xpernah di ajar cara betul untuk menjadi makmum masbuk.aku di ajar teori tp aku mengaplikasi kan ny melalui pemerhatian aku d surau ketika sahabat2 lmbt dgt utk solat.
dan baru kini juga aku sedar bahawa..penekanan prinsip islam itu seperti tidak mencapai objectif untuk mendidik aku menjadi seorg muslim yang sebenar.aku tidak pernah kenal apa itu al matsurat.aku hanya tahu al quran dan yasin.aku juga xpernah tahu apa itu qasidah.sedangkan kini..aku rasa qasidah itulah hiburan dalam islam..subhanAllah..islam itu sungguh sempurna..

dan setelah byk umur yg telah aku sia kan..aku mula melangkah keluar dari sekolah..aku membawa diri seperti aku sudah terdidik sempurna..cukup dgn ilmu pelajaran,ilmu agama,akhlak,ilmu kehidupan..tanpa aku sedar..aku jahil tentang segalanya..

ketika Allah menguji aku dgn begitu byk dugaan..aku seperti tersedar.ya..Allah itu wujud rupa2 nya..jahil ny aku yg selama ini percaya pada Allah tp aku sendiri tidak pasti apakah selama ini sujudku untuk Allah.. aku bingung menghadapi begitu byk masalah dan aku tertanya2 mengapa aku begini..mengapa aku hidup...hingga aku berfikir untuk menamatkn sahaja hidup ini..air mata adalah peneman setia..

lalu Allah memberi kekuatan untuk aku berhubung dgn seorg teman yg suatu masa dulu aku pernah mencela nya kerana dia mengubah diri ny menjadi seorg yg alim..aku bertanya dgn ny tentang kehidupn ini..dan yang pasti..aku mencari Tuhan
aku mula kenal Allah..aku kenal apakah islam..dan kehidupan ini..dan segala aturan yang telah Allah ciptakan..subhanAllah..aku seperti seorg yg baru belajar tentang erti hidup..dan aku tersedar..sekolah aku yg sempurna tidak melahirkan aku yg mengerti mengapa aku hidup di dunia..mengapakah sistem pendidikan sekolah aku..belajar utk exam..tp bukan untuk mengerti tentang hidup..

kini aku masih lagi berusaha untuk istiqamah mencari cinta Allah..aku selalu mngenang..aku islam selama 23 thn..dan aku knal islam itu..baru 2 thn..rugi ny usia2 aku..tp hati mesti sentiasa kuat untuk terus melangkah..semoga taufik itu Allah berikan untuk aku bermujahadah di jalan Allah..

ya Allah..ampunkan dosa aku,tutuplah aib aku,tunjukkan lah aku ke jalan Mu..tetapkan lah hati ini beriman kepada Mu..aku cinta kamu ya Allah..kau lah yang pemurah yang maha pengampun..amin ya rabbal alamin..



~coretan bawa aku ke jalan Mu

1 comment:

  1. Assalamualaikum..isma..vina tok..gik kenal kah??kmk baruk tauk ktk dah bertunang..taniah..btw,tunang kita muka fimiliar jak..anak cikgu nya kah..mungkin anak cikgu sekolah adik kmk dolok..mun kawen lak padah..hihi..netauk dapat datang *sik malu koh, org sik da jemput pun*..hahaha

    tok emel kmk..

    nurizana17@gmail.com

    ReplyDelete